Doa Nabi Yunus AS

Nabi Yunus amat terkenal dengan cerita "Nabi Yunus dalam perut ikan".. Dikatakan dalam sejarah nabi Allah, Nabi Yunus terpenjara di dalam perut ikan adalah balasan dari Allah S.W.T sbb melepaskan tugas sebagai seorang nabi tanpa izin Allah disebabkan kemarahan dan kekecewaan beliau A.S terhadap umatnya. Maka ketika dalam perut ikan besar tu, beliau amat susah hati dan bersedih hingga berputus harapan hinggalah dia berkata dan berdoa: لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ yang bermaksud : " Tidak ada tuhan(yang berhak disembah) selain Engkau, Maha Suci Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang2 yang zalim" Haaa.. Kat sini bukan aku nak cerita pasal sejarah.. Tapi serba sedikit bagaimana terciptanya doa nie.. Doa nie baik di amalkan ketika dalam kegundahan dan kegelisahan, ketika ingin meminta pertolongan dari Allah akan kesusahan yang kita alami, dan dapat meningkatkan keimanan dalam diri.. Ada sesetengah pendapat, doa ini boleh dijadikan zikir perlindungan diri dari syaitan, kerana mereka amat takut kepada orang yang berzikir dan beristighfar menyedari kesalahan diri.. InsyaAllah.. Kuncinya keyakinan terhadap Allah perlu ada dalam diri.. "Allah tidak akan menguji hambanya,kalau hambaNya tidak mampu menghadapi ujian yang di berikan" Tulisan ini kukutip dari teman blogger dari Negeri Jiran. Sumber : http://theadorableme.blogspot.com/2011/12/doa-nabi-yunus-as.html

Komentar

Postingan Populer